Ebook- Ejen Hartanah Dari ZERO

Anda mahu belajar bagaimana mahu mula kerjaya sebagai REN (Dari ZERO..)?
Guideline ini bakal bantu anda. Saya tunjukkan dari A-Z bagaimana nak mula jadi REN. Termasuk selok belok kerjaya dan rahsia di sebalik kerjaya REN ini.
"Kenapa kau nak ajar orang lain tentang ejen hartanah?
"Kenapa nak kongsi ilmu REN dengan orang? Buat kerja kau sudahlah.."
Bukan anda sahaja. Sahabat saya juga pernah tanyakan soalan yang sama pada saya..
Saya jawab pertanyaan sahabat saya ini dalam video di bawah.
Misi
Misi utama saya adalah untuk membantu REN baru dan bakal-bakal REN (newbie) seperti anda bermula di landasan yang betul. Supaya anda boleh buat sales dengan cepat dan kecapi kehidupan yang lebih baik. InsyaAllah.
Vision
Dan visi saya supaya lebih ramai ejen di kalangan bumiputera menyertai kerjaya ejen hartanah ini. Agar seterusnya networking REN Muslim berkembang menjadi semakin besar.
Apa kata pembaca ebook Ejen Hartanah Dari Zero?
Sebelum kita pergi lebih jauh. Izinkan saya kenalkan diri saya.
Saya Zhafir Razak.
Saya dah terjebak dalam kerjaya perunding hartanah (REN) kini sudah lebih dari 2 tahun. Dan saya sendiri dah merasa BONUS dan jujurnya saya punyai masa kerja yang FLEXIBLE.
Penting: Saya mahu berkongsi berita baik ini kepada anda yang sedang membaca yang saya bakal membantu anda. Dan harapan saya, anda sebagai pembaca mendapat manfaat sebanyak yang mungkin dari perkongsian saya di dalam ebook ini.
Ada banyak kelebihan dan manfaat mengapa saya amat syorkan kerjaya REN ini kepada anda. Nombor 7 pasti anda tak sangka..
1. REN biasanya akan dapat tahu deal yang bagus untuk dijual.
Percaya tak? Bila anda jadi ejen hartanah, deal-deal hartanah yang paling best, below market value dan sebagainya.. biasanya ejen yang akan tahu dulu.
Kalau ada capacity dan mampu, memang mereka sendiri akan beli.
Baru-baru ni seorang senior REN di agensi saya beli dua unit hartanah sekaligus!
(sebab dapat deal yang sangat bagus!)
Jadi point pertama, bila jadi ejen hartanah @ REN ni kita konfem dapat tahu deal yang bagus dulu dan biasanya unit-unit tersebut di bawah harga pasaran.
"Apa-apa peluang best, REN dapat input dahulu.."
2. REN ni memang tiada gaji basic. Tapi ada komisen!
Income sebagai REN ni saya akui, memang tidak menentu.
Mana tidaknya..kalau rajin, bukan setakat RM4k-RM5k sebulan..Malah lebih daripada tu. Tak tentu.. kadang banyak.. kadang-kala terlalu banyak. Jadi RM4k-RM5k tu tak mustahil pun.
Banyak REN berjaya yang saya kenal pendapatan mereka lebih dari RM10k sebulan.
Ada yang ex-engineer, ada ex-lecturer, dan ada juga suri rumah!
Maknanya apa yang saya nak sampaikan di sini, apa sekalipun background atau taraf pendidikan anda.. tak penting.
Yang penting ATTITUDE.
Kena rajin, jujur & work -smart (dengan ILMU).
Tak guna juga kalau title manager sembang (pokok pun tumbang) tapi pendapatan tak sampai RM5K kan? (Tak ada niat nak perlekeh tapi itu realiti kerjaya saya dahulu..)
Ada je REN yang pakai selipar sahaja tapi buat RM30K sebulan.
Dan yang terbaru ada satu REN berjaya buat RM1 juta komisyen sebulan!
(Dasyat kisah mereka..190++ buah hartanah berjaya di jual dalam sebulan!!)
Senior saya sendiri closed 12 file sekaligus. Rezeki. Kalau komisen RM5K satu unit, kali 12 unit komisen hampir RM60K! Best ke best dapat komisen macam ni?
3. Masa kerja yang agak flexible!
Kenapa flexible? Sebab kita yang tentukan bila kita boleh dan tak boleh kerja. (Bukan maksudnya goyang kaki duit masuk ya..kena buat kerja juga)
Sebagai contoh, di agensi saya dahulu ada beberapa ibu muda yang ada anak kecil umur bawah 3 tahun.
Mereka berhasrat sangat nak luangkan lebih banyak masa dengan anak kecil mereka.
Jadi sebagai REN mereka memang boleh tentukan masa kerja mereka.
Pagi uruskan anak-anak, tengahari update iklan (dari rumah), petang viewing sekejap ataupun anjakkan sahaja viewing ke hujung minggu.
Tiada lagi kerja 8 pagi ke 5 petang.
Pengurusan masa totally terletak pada ejen untuk aturkan.
4. Boleh belajar mengenai pelaburan hartanah.
Anda memang boleh datang kelas dan bayar beribu, atau baca berpuluh buku pelaburan dan hartanah.
Tapi semua tu tak akan berguna kalau anda langsung tiada pengalaman melabur hartanah dan tiada pengalaman uruskan transaksi hartanah.
Ilmu tanpa amal? Zero.
Sebagai REN, anda nanti boleh jumpa bermacam-macam kategori pelabur dan nasihat saya ambillah peluang untuk belajar dengan mereka. Di mana tempat belajar terbaik?
Kelas terbaik adalah melalui pengalaman anda sendiri nanti.
Saya sendiri pernah berurusan dengan pelabur yang memang target market rumah lelong di bawah harga pasaran (beli sangat murah).
Apabila sampai tempoh masa (tak sampai 2 tahun), beliau rasakan unit sudah mampu buat keuntungan, sekali 3 biji rumah beliau jual.
(Alhamdulillah..saya berpeluang jual 2 dari 3 unit beliau)
Dan sebab REN dah biasa dengan harga jualan hartanah di kawasan jajahan mereka, mereka juga dapat belajar.
Sebagai contoh hartanah mana boleh dijadikan pelaburan, dan hartanah mana perlu di elakkan. Lama-lama nanti anda akan nampak trend dan jadi expert di sesuatu kawasan.
Anda bukan lagi belajar teori tapi pada masa sama dapat belajar dan dibayar pula untuk buat praktikal!
5. REN tak perlu buat semua tempat pun.
Fokus kepada kawasan anda sahaja. Strategi ini dinamakan farming area.
Sebagai contoh, kisah ibu muda yang nak berhenti kerja untuk luangkan masa dengan anak beliau.
Beliau cuma perlu mula dengan menjadi "specialist" di kawasan apartment yang beliau sedang tinggal sekarang sahaja iaitu di Shah Alam misalnya.
Tak perlu sibuk-sibuk nak buat hartanah jauh-jauh seperti di kawasan KLCC nun (sbb jauh nanti susah nak jaga tambahan kos dan masa hendak ke sana).
Kalau beliau fokus pada condo yang beliau tinggal sahaja pun dah boleh cari makan & survive.
Sebab kondo beliau sahaja ada hampir 600 unit!. (kondo di kawasan sekitar lagi? pun boleh jer cover)
Sebulan dapat close 2 transaction unit sewa ataupun jual satu unit dah boleh cover balik gaji beliau sekarang RM3,000 sebulan.
Dan antara kelebihannya pula, akan ada banyak masa dengan anak kecil.
Ini satu tips saya nak cerita..sebenarnya owner memang lebih suka deal dgn REN yang juga owner atau penyewa di situ.
Ini kerana mereka akan lebih bertanggungjawab dalam menyewakan atau menjual hartanah di situ.
Sebab mereka pun tinggal disana, nampak kan kelebihan farming? (takkan tak mahu jaga nama baik kan?)
Saya ada kenal senior REN suami isteri yang tinggal di sebuah condo di Cheras dan mereka jaga berpuluh unit sewaan di kondo yang sama.
Belum masuk unit sewaan kedai lagi dan jualan.
Pendapatan mereka saja RM10k-RM15k sebulan. Dah la tu..jimat tak perlu bayar tol dan parking nak pergi kerja pun.
Sebab ofis agensi pula dekat sahaja dengan rumah mereka.
6. Kemudian bonus REN saya boleh katakan best sebab tiap-tiap bulan boleh dapat!.
Selalunya saya akan jumpa pemilik (pelabur) yang tak lokek nak beri 3% komisyen atau 1 bulan komisen bila saya dapat jual atau sewakan pada harga yang mereka tetapkan.
REN tak mark up harga. Maksima di benarkan REN collect hanyalah 3.18% dari harga jualan. Dan REN di kawal selia oleh agensi hartanah berdaftar.
Yang mark up itu BROKER. Mereka tiada lesen, dan tidak berdaftar. Jika berurusan dengan mereka, anda bakal alami masalah dan risiko dari segi sekuriti deposit (tak ada refund atau di bawa lari) dan urusan pindah milik mungkin jadi sukar.
Pemilik hartanah biasanya reward REN yang bekerja keras untuk jual unit mereka. Macam saya (hehe..)
Sebab saya bantu mereka cari penyewa jangka panjang dan pembeli yang mampu bayar ikut harga permintaan.
Jarang pemilik hartanah nak kedekut bayar REN mereka.
Sebab mereka boleh bantu pemilik buat keuntungan melebihi apa yang mereka nak.
7. Networking
Ada sesetengah REN hari ni dah jadi jutawan sebab kerjaya ini memberikan mereka peluang untuk bernetworking dengan pelabur-pelabur yang bernilai ratusan juta ringgit.
Dan saya tengok, ramai REN makin rajin upgrade ilmu hartanah dengan menyertai seminar-seminar hartanah.
Lagi banyak ilmu yang anda ada, lebih senang anda nak jelaskan prospek pelaburan hartanah yang anda nak jual atau sewakan.
Dan di dalam seminar hartanah ini, semua yang datang majoriti nak beli rumah lah kan?
Bukan senang ya REN nak dapat peluang untuk bernetworking dengan 200-300 pelabur sekaligus.
Ilmu dapat, sales dapat, dan netwoking pun dapat!
Saya kongsikan dari pengalaman saya sendiri selok belok kerjaya hartanah ini sebagai “short cut” untuk anda mula dari ZERO…saya pun dahulu mula dari ZERO..
p/s: Apa jua ilmu yang kita mahu pelajari sama ada dunia atau akhirat kita perlu pelaburan dari segi masa, tenaga & duit jika belajar sendiri.
Belajar dari orang lain, jimat banyak pada masa, tenaga & duit.
BONUS TAMBAHAN UNTUK ANDA!!!
Jika anda betul-betul berminat, dan anda membuat tempahan hari ini, saya nak beritahu anda yang saya nak bagi 4 bonus PERCUMA untuk anda.
Ya..saya nak bagi 4 bonus buat anda jika anda buat tempahan ebook ini hari ini!
1. Bonus 1 – Case Study Dapat Listing RM1.2 Juta Dalam 3 Hari (Bernilai RM27 PERCUMA)
Saya kongsi bagaimana saya dapatkan listing bernilai RM1.2 Juta dalam 3 hari sahaja dengan teknik berkesan dan zero kos.
2. Bonus 2 – Ebook-10 Strategi Marketing Hartanah Di Mudah.my (Bernilai RM27 PERCUMA)
Di dalam ebook ini, saya kongsikan strategi pemasaran yang betul di laman mudah.my. Ada 10 strategi rahsia yang saya akan kongsikan pada anda.
3. Bonus 3 – Ebook – 5 Perkara Pembeli Rumah Perlu Tahu (Bernilai RM17 PERCUMA)
Ebook ini adalah panduan kepada pembeli rumah. Ada 5 asas yang anda boleh belajar dari ebook ini dan gunakan ilmu itu untuk advise bakal pembeli anda kelak.
4. Bonus 4 – Proses Beli Rumah (Bernilai RM17 PERCUMA)
Saya kongsikan pada anda flow dan proses beli rumah. Mudah anda nak cerita kepada pemilik dan pembeli kelak kerana soalan yang sering di tanya pada ejen ialah "bagaimana proses jual beli ya?" . Dalam ebook ini saya bantu anda jawab soalan "killer" ini.
Total 4 ebook BONUS ini berharga RM88.00 saya beri PERCUMA!!!
SOALAN LAZIM (FAQ)
SOALAN 1; Adakah saya akan dapat buku setelah saya buat pembelian?
Tidak. Link download adalah dalam bentuk file .pdf. Ianya adalah ebook (digital) dan boleh di baca melalui smartphone atau laptop & desktop.
SOALAN 2; Adakah panduan ini boleh menjamin bahawa saya akan buat sales pertama dalam bulan pertama?
Kami hanya boleh jamin 2 perkara sahaja kepada pembeli panduan ini. Pertama, kita semua akan mati.
Kedua, ilmu di dalam panduan ini sudah TERBUKTI BERMANFAAT & bakal MEMBANTU newbie melalui testimoni-testimoni yang anda telah lihat sendiri.
Bagaimana boleh saya jamin hasilnya, sedangkan bergantung kepada TINDAKAN anda sendiri selepas mendapatkan panduan ebook ini? TINDAKAN perlu datang dari diri anda sendiri.
BERAPA HARGA PANDUAN INI?
.
.
.
.
RM97???
Nanti dulu..itu harga asal..
.
.
.
Harga promosi hanyalah serendah..
.
.
RM50!!
Ya pelaburan sekecil RM50 sahaja..
Di dalam pakej ini anda akan menerima :
- Link download ebook dan
- Konten-konten yang bakal bantu dan guide anda untuk memulakan kerjaya sebagai seorang perunding hartanah berdaftar.
- Serta 4 bonus PREMIUM (sekiranya kuota masih ada)
Harga asal ebook ini RM97, anda hanya labur untuk harga promosi RM30 (diskaun 70%).
JAMINAN PULANGAN WANG (PENTING!!)
Jika tidak ada sekurang-kurangnya 3 ilmu baru anda belajar dari apa yang kami kongsikan, kami akan PULANGKAN WANG anda.
Anda sebenarnya tidak rugi apa-apa.
p/s: Nak register agensi hartanah terus..tak berani pulak kan? Macam mana nak tahu apa ejen hartanah buat..?
Caranya anda belajar dulu ilmu ejen hartanah dari ILMU yang saya kongsikan ini.. Saya guide anda step by step. Anda boleh dapatkan panduan dengan harga promosi dan membuat bayaran di bawah.
Pastikan anda upload resit bayaran dan tekan butang submit di bawah. Dan pastikan anda menerima email pengesahan tempahan.
P/s/s: Link download akan di berikan melalui email anda setelah bayaran anda di sahkan dalam tempoh 24 jam-48 jam.